Sunday, November 30, 2008

BUAT SEMUA.....

Antara cinta dan persahabatan.......

Andainya aku di beri pilihan untuk memilih di antara kedua duanya...
Akan kupilih keduanya...kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku...

CINTA...

Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya....
Kerana di sebalik keindahan cinta itu...
Tersirat seribu kepahitan...
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa...
Seorang pencinta setia...
Tatkala ikatan di undang kekecewaan...

Namun ia tetap betah menjemput setiap insan...
Yang punya hati dan perasaan...
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini...
Tak terungkai dengan bicara di bibir...

Tak tergambar dengan lakonan...
Begitu syahdunya betapa kurniaan illahi...
Lahirnya dari seorang insan..
Berakal, beremosi, penyanyang dan berperasaan...

PERSAHABATAN...

Suatu ikatan yang lahir dari hati...
Keinginan yang ikhlas...
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban...
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya...
Tentang impian dan pengertian hidup ini...

Persahabatan yang murni dan suci...
Adalah sebuah perhubungan di sulami dengan benang kejujuran...
Di warnai dengan keikhlasan...
Di curahi dengan kasih sejati...
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan...
Robohlah tembok keluhuran sebuah ikatan persahabatan...

Teman yang budiman...
Mengertilah maksud ku ini...
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku...
Sejak perkenalan kita...

Kita bina teguh tugu persahabatan...
Yang di pagari besi kedewasaan...
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita...
Takkan tumbang dek segala rintangan...
Hanya satu pintaku...
Agar di kau sentiasa mengingati diriku...

Sunday, November 16, 2008

Nostalgia....

Sambil memandu kereta mataku sempat melihat hadiah terakhir mungkin dariku...Hadiah yang nak ku berikan di awal pertemuan dulu tetapi telah bertukar menjadi hadiah perkahwinan... Fikiran ku bercelaru bercampur sedih...namun dengan semangat yg ada aku kuatkan diri menghampiri rumahnya...Aku harus jua menerima kenyataan bahawa orang yg amat ku cintai kini menjadi milik orang...Bila saja aku sampai di kawasan rumahnya, lagu "TENDA BIRU" sedang rancak berkumandang... aku sayu lagi...terngiang ngiang di ingatan bila dia berpesan kepadaku "Abg jika ini bukan jodoh kita, terimalah...mungkin ini adalah ketentuannya...dan janganlah abg datang walau sesaat pun bila dia berkahwin kelak..." Aku semakin terdesak...Dari dalam kereta aku melihat dia tunduk di atas pelamin yang di hias begitu indah...aku dapat membaca isihatinya...bahagia dalam derita...



Air mata jernih lelakiku menitis lagi...bila saja aku hendak keluar dari kereta, aku telah di sapa dari belakang...rupanya adik bekas kekasihku yang sedari tadi tak lepas memandang gelagat ku di dalam kereta..."Sabarlah bang"...Kita merancang tuhan yang menentukan...Pergilah jumpa kakak untuk kali terakhir...ayat yang membuat aku seperti rasa nak pengsan...Tak apalah cuma tolang abg sampaikan salam tahniah dan berikan hadiah yang abg bawa ni padanya...abg tak nak rosakkan majlis ini...kataku..Semasa aku hendak masuk semula ke dalam kereta telingaku terdengar lagu nyanyian Azie..."PELAMIN ANGANKU MUSNAH"...Dengan berat aku berpaling ke arah pelamin dapat ku lihat dia memegang hadiah pemberianku sambil menangis...aku gembira bercampur sedih...Semoga berbahagia....

Sunday, November 2, 2008

COCA COLA....

Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah
kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan
dari seluruh dunia mengenai minuman ringan
Coke: Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda
lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila
berlaku kemalangan.

Macam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team..

Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya,
adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi
Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali
dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke
dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada
dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci
kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper
kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium
foil yang dicelup dengan Coke.. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau
hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja
setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan
ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru
tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari
pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh
bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah
minum air basuhan tadi berperisa coke..

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.
Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia
mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang
paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti
suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
belakang dan tulang lain dalam badan yang
merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke siap dalam
botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis:
bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis
hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong
jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap
tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan atau
karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya
untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka
sejak 20 tahun.. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke.
Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu
kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum
Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak
bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah
ngan otakpun kena tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama.
Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N
dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga
69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman
Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih
dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam
candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya
adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan
kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi
kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh
gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit
gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat
minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan
yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh
secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan
Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam
pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk
bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis
berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa
Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?
Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah
pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju,
buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan
lain-lain.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian
emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis
habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana
tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah
bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya
pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita
bercoke ....

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.

Teringin juga tengok hasilnya....

KEKADANG TAK TERFIKIR PUN....

RENUNGAN:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI...

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ...

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

KISAH MAYAT BACA YASSIN

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram). Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ....... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.